Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Yang Maha Kaya, Maha Pemurah.
Rezeki kami untuk memulakan detoks eksklusif pada hari ini setelah 2 hari pre-detoks. Menu harian ditukar secara bertahap. Almaklumlah, kami ore kelate, tak boleh tak makan nasi. Ketar lutut weh!.
Perubahan menu secara bertahap |
Dinner |
Suami : Sayang , hari ni kita mula detoks kan?
Saya : Ya, bang.
Suami : Abang takut laparlah. Sayang buat dua bekaslah ya bekal tu.
Saya : Boleh. Ayang bekalkan juga ESP dengan oat, nanti kalau rasa tak tahan sangat makanlah.
Cuma, ayang tak akan masak nasi hari ni. Kalau tak tahan lapar sangat ya, kalau boleh tahan
jangan makan tau. Minum air banyak-banyak. Abang ok ?
Suami : Abang cubalah. Hari ni memang penat sedikit. Masuk 'site' lagi hari ni.
Saya : InsyaAllah kita buat yang kita mampu. Jangan lupa minum air masak banyak-banyak ye.
Bekal air tu tak cukup 3 liter. Nanti top-up kat pejabat tau.
Suami : Haaa...kat pejabat ada banyak air mineral. Abang minum yang tu lah.
Saya : 3 liter tau untuk berat badan abang.
Suami : Yeaaaa... tau.
Saya : Sayang ingatkan aje. Takut lupa.
(Dia sengih)..
Sarapan pagi.. |
Rasa seronok dengan cabaran detox kali ini. Siap berbekal lagi...
Dua bekas sayuran dan buah-buahan untuk suami tersayang... |
Lain macam rasanya hari ini. Pagi-pagi lagi dah mengantuk. Rasa nak tidur je. Malas nak buat kerja. Haha. Nampak sangat toksin banyak dalam badan. Nyahlah keluar semuanya sekali dengan lelemak LDL tu ya...penat dah nak menanggungnya. Lama dah simpan ni.
Kita tunggu testimoni En. Suami untuk Detox Day 1 ni lepas dia balik kerja nanti.
0 comments