Sambung cerita dari Part 1. Rasa teruja dengan program detox ini. Ramai juga yang menyerah kalah di pertengahan jalan. Maksudnya , berhenti sebelum cukup 7 hari. Hihi.. Harap-harapnya, kami istiqamahlah hingga mendapat keputusan atau kesan yang terbaik.
Lunch...siap buh dalam bekas tu..hihi.. |
Makan malam menu sama sahaja. Hihi...
Selepas Maghrib En. Suami mengajak ke pasaraya, nak restock barang-barang detox katanya..
Beria dia beli beras nih...dua-dua dia nak..adeh..xpelah.. |
Dari segi khasiatnya, beras perang dengan beras merah ini lebih baik daripada beras putih biasa. Begitu juga manfaatnya untuk 'weight management'. Terbaik!. Walaupun ada orang tak berapa suka rasanya tu. Haha. Tapi tak apa, kita makan untuk hidup sihat dan boleh beribadah dengan baik, bukan hidup untuk makan kan...(deep..hihi, pesanan untuk diri sendiri sebenarnya yang selalaaaalu terbabas makan).
Sayur mayu organik dan tembikai...suamiku yang pilih dia nak makan apa. Kasi can lah.. |
Alhamdulillah...selesai Detoks Eksklusif Day 1.
Menu hari ini :
- 6 Sajian sayuran hijau sahaja.
- 4 Sajian buah-buahan.
- Snacks buah kunyah bila-bila masa sahaja.
- Air masak 2-3 liter.
Suplemen tambahana untuk support proses detoks dan kesihatan :
- Vivix
- Dtx (baru je sampai, terus telan..haha)
- Peppermint Ginger Plus (pun baru sampai)
- Alfalfa
- Herblax
- Vitamin C
- B-Complex
- Zink (suami)
Alhamdulillah , bila buat detoks ni, rasa nak makan macam-macam makanan tu agak kurang, dan jangan terkejut kita akan jadi orang yang cerewet memilih makanan yang sesuai dan sihat. Program detoks adalah program pendidikan pemakanan sihat sebenarnya.
Khas untuk kaum ibu dan ayah, tanggungjawab kita besar, mendidik anak-anak dengan pemakanan sihat dan menyediakan makanan sihat untuk keluarga juga amanah sebenarnya. Jangan terkejut kalau anak-anak kita berpenyakit macam-macam di kemudian hari, kerana kita yang memulakan pendidikan pemakanan kepada mereka seawal dari dalam kandungan lagi.
0 comments